Pada 17 Februari 2024, satu mini kejohanan telah diadakan di padang latihan TNB yang mana seramai 32 orang peserta dari seluruh negeri Perak telah menyertai kejohanan mini ini yang pertama kali diadakan.
Alhamdulilah, kejohanan yang kali pertama diadakan mendapat sambutan yang baik. Maklum balas daripada peserta juga amat baik dan ramai yang memohon agar kejohanan seperti ini dapat diadakan lagi.
Selaku pihak penganjur kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyertai kejohanan kali ini untuk menyerikan lagi dunia memanah di negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.
Ikuti kami di social media Tenaga Archery Club untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan kelas, kejohanan dan banyak lagi tentang memanah di negeri Perak terutamanya di Ipoh Perak


