Alhamdulillah syukur diucapkan kepada Allah kerana kejohanan Mini Game TAC telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama penuh daripada jawatankuasa penganjur iaitu Tenaga Archery Club itu sendiri yang mana dikalangan ibu bapa pemanah-pemanah di TAC sendiri yang menjayakannya.



Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyertai kejohanan pada kali ini yang mana hanya berskala kecil sahaja dan memfokuskan kepada pembangunan atlet-atlet cilik sahaja supaya mereka dapat pergi lebih jauh lagi di masa akan datang.
Kejohanan yang telah diadakan pada 22 dan 23 Jun 2024 yang lalu dihadiri oleh lebih 70 pemanah dari pelbagai daerah dan juga ada juga yang datang dari negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor, Perlis dan juga Pahang. Terima kasih sekali lagi kerana telah menyertai kejohanan ini.

Tidak lupa juga kepada penyertaan terbanyak iaitu pasukan Persatuan Memanah Daerah Bagan Datuk (BADARA) yang menyokong usaha Tenaga Archery Club supaya lebih maju lagi demi memajukan dan memperkembangkan sukan memanah di negeri Perak khususnya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada En. Nor Azman dari Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak kerana sudi hadir untuk menyempurnakan acara penyampaian pingat kepada atlet-atlet muda ini dan juga kepada En. Zarul daripada Majlis Sukan Negeri Perak yang telah hadir pada hari kedua menyempurnakan majis penyampaian pingat.
Tahniah kepada semua pemanah yang telah berjaya dalam kategori masing-masing di samping mempertingkatkan lagi daya usaha supaya terus maju dalam sukan memanah dan mana tahu ada dikalangan atlet ini akan mewakili negara suatu hari nanti dan menyumbang pingat di sukan Olimpik.
Insyallah dalam perancangan kejohanan Siri 3 akan menyusul dan satu pertandingan berskala besar akan diadakan. Follow kami rapat rapat di Facebook untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa dan lihat gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung.

