Pada 28 Disember 2024 yang lalu telah diadakan satu kejohanan persahabatan atau lebih dikenali sebagai Friendly Match antara pemanah-pemanah daripada seluruh negara dan juga terutamanya di dalam negeri Perak. Lebih 40 pemanah telah mendaftarkan diri dan beraksi dalam katagori U19,U15,U12 bagi kategori Recurve Men dan Women.
Kejohanan kali ini lebih kepada pendedahan awal supaya pemanah-pemanah tidak berasa kekok untuk menghadapi kejohanan yang bakal diadakan pada tahun hadapan dan juga supaya atlet berada dalam keadaan bersedia dan tidak terasa seperti kurang aktif sewaktu cuti sekolah.
Ini lebih baik bagi meningkatkan prestasi setelah latihan yang intensif setiap minggu di tempat masing-masing dan di kejohanan ini mereka mampu mengukur tahap kemampuan mereka dan bertarung dengan mereka yang lebih tinggi prestasinya supaya prestasi masing-masing dapat dipertingkatkan lagi.
Sekalung tahniah kepada semua pemanah yang berjaya pada kejohanan kali ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Setiausaha Persatuan Memanah Negeri Perak, saudara Yuraimy Yakimin yang banyak menyokong perkembangan Tenaga Archery Club dan membantu melancarkan pertandingan kali ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua urus setia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah membantu menjayakan kejohanan pada kali ini dan insyallah akan ada banyak lagi kejohanan yang telah dirancang bagi merancakkan lagi aktiviti memanah di negeri Perak terutamanya di Ipoh ini.
Bagi mereka yang ingin menghantar anak-anak mereka bagi mempelajari sukan memanah, boleh rujuk Kelas Memanah di Tenaga Archery Club, Ipoh









